Assalamualaikum.
*Fuuuhhhh...fuuuhhhh.. tiup-tiup sikit blog sebab bersawang habis.
Kalau tengok last post 1 Januari 2013. Pergh!!! Agak lama la tak update blog. Almost 1 year. Tak post pon sebab buzy dengan last sem last year. Tesis nya, exam nya, nak uruskan LI nya lagi. Lagipun macam dah lupa yang diri ini ada blog.
Alhamdulillah berjaya habiskan 3 setengah sebagai pelajar UKM. 3 tahun di UKM dan setengahnya lagi kembali ke pangkal jalan di Perlis.
29 Oktober 2013 tarikh di mana dengan rasminya aku tamat dari Ijazah Sarjanamuda Dengan Kepujian (Matematik). Alhamdulillah aku memiliki segulung sekeping ijazah.
Sekarang di rumah sebagai 'penganggur sementara' kerana masih menunggu syarikat-syarikat memanggil untuk di interview. Kawan-kawan lain sudah bekerja, sedikit jeles tapi sedapkan hati "Rezeki masing-masing berbeza. InsyaALLAH ada di mana-mana. Cepat atau lambat saja"
Setakat ni tuh saja rasanya. Saja nak bagi blog ni hidup kembali. Bakal post yang lain nanti. Nantikan post2 terbaru.
Salam.
Rezeki sudah diatur oleh ALLAH.Tinggal saat ini kita mau menjemputnya atau tidak.Cara untuk menjemputnya adalah ikthiar dan tawakal.






