Assalamualaikum..^_^
Lamanya tuan blog ini tak menjengah ke blognya untuk diupdate. bila ada masalah yang tak dapat diselesaikan baru diri ini ingin ke blognya kan. Takpela. Blog saja yang mampu mengubat diri ini. Orang tersayang pon jauh. Terima jela. Melalui handphone tak mampu selesaikan masalah. Blog saja peneman diri ini.
Thanks for being my BESTFREINDS for about 1 year. Terima kasih untuk sanggup menjadi kawan yang dibawa ke sana ke mari. Kawan untuk digunakan apabila diri ini keseorangan. Kawan di arah itu dan ini. Kawan yang diri ini mudah dilupakan apabila gembira. Ya. Itu lumrah kehidupan. Terima kasih. I really appreciate it. Never forget. Please beleive me.
8 OGOS 2012. Aku berasa sungguh sedih sehingga diri ini tidak tahan untuk tidak menangis. Dalam solatku hari ini aku berdoa agar aku berubah dan juga berdoa agar persepsi kau terhadap aku juga berubah. Sangat sedih diri ini. Untuk pertama kali aku menangis dalam solat sepanjang 4 rakaat hanya untuk kamu. Untuk pertama kali. Bukan minta dihargai tapi untuk pengetahuan bahawa anda sangat berharga untuk diri ini. Terlalu ego diri ini sehingga tidak menunjukan kepada anda. Bukan diri ini LES tetapi telah menganggap anda sebagai seorang SAHABAT bukan KAWAN. SAHABAT membawa maksud yang sangat berlainan dengan KAWAN. Terlalu lain. SAHABAT sangat bermakna dari KAWAN. Anda semakin jauh.Itu sahaja yang mampu aku singkapkan. Entah kenapa diri ini terdetik untuk stalk anda di laman sosial. Dan ternyata apa yang dikatakan olehmu ditujukan untukku. Kan? Berjujurlah dengan ku.
8 OGOS 2012.Aku rasa itulah hari terakhir kita rasmikan penutupan sahabat rapat kita. Untuk diriku. Mengikut pendapat aku. Tapi tidak untuk kau. Ketahuilah jugak berpisah dengan kau sebentar tadi membuat diri ku ini menagis untuk kali ke 2 pada hari ini. Mungkin tiada siapa tahu. Bukan mungin tapi memang. Entahla. Aku pon tak tahu nak cakap apa. Aku tak tahu apa terjadi. Tapi yang pasti pada pagi ini kau telah mengubah segala2nya. Padahal bagi aku ia di pagi hari. Tak dapat ku trace kan apa salahku. Ya kau mula menjauhkan dari aku. Kau mula mengurangkan percakapanmu. Ini mengikut pendapat dan hati aku. Dan aku tahu tidak pada kau.
Aku berfikir sendirian kau buat sume pada hari ini adalah untuk aku merasai apa yang kau rasai selama ini kan? Kau SALAH. Sebenarnya aku telah lama apa yang kau rasa. Sudah lama. Sejak habis semester 2 tahun 2. Tidak ku ungkap kerana ia tidak penting. Tetapi pada hari ini akan ku ungkapkan di Blog tericnta ku. Hari ini juga aku telah tengok 1 laman sosial kawan kita ini. Perlu dibincang dari hati ke hati. Bagiku tiada apa yang perlu dibincangkan kerana bagiku tiada masalah. Ketahui la bahawa aku engat lagi kata2 kawan kita sejak hari pertama kita di *********. Masih terngiang kata-katanya dalam diri aku.
Ya. Betulla katanya jika perangai kita tidak menyenangkan seorang kawan akan pergi membawa diri dan kita akan kehilangannya. Ya. Aku akui dan untuk itu aku rasa bersedia untuk kehilangannya. Aku tidak mampu lagi untuk meminta. Aku tidak mampu lagi untuk memohon. Kerana takut diri ini dikatakan sebagai satu benda yang apabila keseorangn sangat memerlukan orang lain untuk digunakan. Sebenarnya diri ini sudah redha untuk diperkatakan seperti itu. Betulla kata sesorang "Jangan terlalu rapat kerana ia akan membawa kepada permusuhan".
Aku tahu jika disuruh senaraikan keburukan aku kepada anda semua. Sangatla banyak. Aku tidak kisah kerana aku tahu diri ini terlalu banyak keburukan yang aku sedar tetapi tidak mampu mengubahnya. Atau susah untuk mengubahnya. Kenapa aku mengatakan bahawa hari ini merupakan penamat Bestfreind aku dan kau. Kerana kau sendiri telah pergi begitu saja. Dan aku tahu pada tahun hadapan kau berada dekat bersama kawan-kawanmu tetapi aku jauh. Dan dengan itu aku boleh katakan hari ini adalah penamat segala2nya.
Entahla. Malam ini tiada mood untuk berkata panjang.
Sekiranya anda-anda membacanya, diamlah anda bersama pandangan masing2.
Jika ingin memberi komen tentang apa yang perlu aku ubah, aku terima seadanya.
Itu yang lebih baik bagi diriku.
Untuk diri ini mengubah kepada yang terlbih baik, maaf rasanya tidak mampu untuk jangka masa pendek kerana aku tidakla terlalu sempurna. Ada buruknya.
Maaf jika aku terlalu berterus terang. Terasa aman apabila blog ini menjadi luahan.
TERIMA KASIH aku ucapkan pada ANDA SAHABATKU. ^_^







0 000 kata hati korunk:
Post a Comment